Sistem ekonomi Islam di dunia

Ini adalah sub-rencana sistem ekonomi Islam dan dunia Islam.

Perekonomian Islam dari segi amalan, atau dasar ekonomi yang disokong oleh kumpulan-kumpulan mengaku Islam, berbeza-beza di sepanjang sejarah panjangnya. Konsep Islam tradisional berkenaan dengan ekonomi termasuk:

  • zakat - "cukai sesetengah barangan, seperti tuaian, dengan tujuan mengagihkan cukai ini kepada tujuan yang telah ditentukan, seperti bantuan kepada yang memerlukan."
  • Gharar - "pergantungan nasib ... iaitu kewujudan sebarang unsur ketidakpastian dalam kontrak (yang menidakkan bukan sahaja insurans malah peminjaman wang tanpa penyertaan terhadap risiko)".

Konsep-konsep ini, seperti yang lain dalam hukum dan fiqh Islam, datangnya daripada "preskripsi, anekdot, contoh dan ucapan Nabi Muhammad, dihimpun bersama dan disistemkan oleh pengulas mengikut kaedah induktif safsatah." [1] Kadangkala sumber lain seperti urf, (adat resam), aql (akal) atau ijmak (kesepakatan ulama) turut digunakan.[2] Sebagai tambahan, hukum Islam telah membangunkan bahagian hukum yang berpadanan dengan undang-undang sekular kontrak dan tort.

  1. ^ Roy, The Failure of Political Islam Harvard University Press, 1994, m/s. 132
  2. ^ Schirazi, Asghar, Constitution of Iran, (1997), m/s. 170

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search